PROFIL

FALSAFAH SEKOLAH

Sekolah adalah asas pembangunan Negara. Oleh yang demikian, pendidikan mesti mengimbang pertumbuhan intelek dan pembentukan personality yang menyeluruh dari aspek rohani, jasmani, mental dan moral. Sekolah adalah tempat melahirkan pelajar yang berilmu, beramal, bertanggungjawab dan berbakti kepada keluarga, masyarakat, bangsa, agama dan moral.

SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan LKTP Tersang Satu terletak di penempatan penduduk Felda Tersang 01.Keluasannya ialah 3.6 hektar dan dibuka pada 3 Januari 1983 dengan bilangan muridnya seramai 130 orang dan 7 orang guru.

Sebelum pembukaan SK LKTP Tersang 01, anak-anak peneroka di sini terpaksa bersekolah di SK Batu Talam. Pada masa itu mereka pergi ke sekolah dengan menaiki lori.Tidak berapa lama kemudian, rumah peneroka yang belum dihuni dijadikan sekolah sementara menunggu siapnya bangunan SK LKTP Tersang 01.

Pada tahun 1986 bilangan muridnya seramai 600 orang menyebabkan persekolahan dua sesi iaitu pagi dan petang. Sejak dari awal penubuhannya, ia telah menerima perkhidmatan 10 orang Guru Besar bermula dengan En Mohd Hanib bin Yop Yahya dan sekarang ini diambilalih oleh En Mohd Nazri bin Romly.

Kini sekolah ini berkembang menjadi sebuah sekolah rendah gred A dengan pelbagai kemudahan fizikal disediakan termasuklah sebuah makmal komputer dan pusat akses. Jumlah tenaga pengajar ialah 30 orang dan 6 orang staf sokongan. Bilangan pelajarnya adalah seramai 380 orang dengan 12 buah kelas.

Pada alaf baru ini dan seterusnya, cita-cita kecemerlangan dan kebestarian pendidikan adalah agenda utama pembentukan masyarakat akan datang....

LENCANA SEKOLAH


                    Warna Merah : Cekal, tabah dan berani menempuh persekitaran dalam masyarakat.
                              
                    Warna Biru : Lambang ketenangan dan keharmonian fikiran dan budaya.
                    Warna Hitam & Putih : Warna Negeri Pahang.
                    B;Bersih : Bersih dari segi rohani dan jasmani.
                    C;Cekap : Cekap dalam menjalankan segala aktiviti kurikulum dan kokurikulum.
                    A;Amanah : Murid menjalankan amanah ibu bapa mereka.
                    Bulan sabit : Melambangkan kesucian agama islam.
                    Empat Gelang & Obor : Sukan merupakan penggerak kecemerlangan akademik.
                    Buku : Melambangkan perkembangan fikiran dalam meneroka ilmu dengan lebih luas.
                    Rod Bergigi : Perkembangan nilai-nilai teknologi pendidikan.

LAGU SEKOLAH

Sekolah LKTP Tersang Satu
Namamu Harum Di Mata Bangsa
Mendidik Memimpin Putera Puteri Bangsa
Demi Kejayaan Semua

Rukun Negara Panduan Kami
Rajin Tekun Gigih Berusaha
Berdisplin Harmoni Amalan Kami Semua
Sama Mencapai Cita

(KORUS)
Sekolah Tempat Bernaung
Menimba Segala Ilmu
Tak Kira Bangsa Bersatu Padu
Demi Hasrat Negara

VISI SEKOLAH

“Menuju Kecemerlangan Pendidikan Bertaraf Dunia”

MISI SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan LKTP Tersang Satu beriltizam untuk merialisasikan “VISI” dan melaksanakan perkara-perkara berikut mengikut program-program yang terancang selaras dengan Falsafah Pendidkan Kebangsaan.

1.      Memberi peluang sama rata kepada anak didik untuk mendapat pendidikan yang berkualiti;
2.     Mewujudkan hasil kerja yang berkualiti bagi membangunkan sistem pendidikan di sekolah agar terus gemilang;
3.       Menyediakan kemudahan pendidikan yang berkualiti bertaraf dunia;
4.   Membentuk generasi berilmu, beriman, beramal dan berakhlak mulia yang berupaya menangani cabaran hidup masa depan kea rah kecemerlangan melalui pencapaian taraf akademik dan kokurikulum yang tinggi.
5.      Mewujudkan budaya penyayang di kalangan warga sekolah dan seterusnya melahirkan masyarakat yang inovatif, inventif dan imaginative;
6.     Memberi latihan yang sesuai dalam aspek pengurusan agar lahir pengurus yang bersih, cekap dan amanah.

OBJEKTIF SEKOLAH

1.      Melahirkan insan yang berilmu, berdisplin, berhemah tinggi dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam amalan seharian sepanjang masa.
2.       Melahirkan murid yang bertanggungjawab dan berwawasan.
3.       Memberi bimbingan berterusan kepada murid agar Berjaya dalam bidang pendidikan.
4.       Mewujudkan suasana dan iklim sekolah ceria dan harmoni.
5.       Menjalinkan Sekolah Kebangsaan LKTP Tersang Satu sebagai pengeluar pelajar yang berilmu.

IKRAR GURU

Bahawa kami guru-guru Sekolah Kebangsaan LKTP Tersang Satu, Raub, berikrar dan berjanji akan mendukung cita-cita kerajaan dalam pembentukan insan berdisplin dan produktif, berlandaskan hukum Negara dan etika profesion perguruan.
Kami berjanji akan bekerjasama antara satu sama lain, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing, cubit paha kiri, paha kanan sakit juga.
Kami berjanji akan bersama-sama mempertahankan nama baik sekolah, tidak akan melibatkan diri dalam memburukkan sekolah yang kami cintai ini.
Keputusan akademik yang cemerlang, adalah cita-cita dan hasrat kami.
“HIDUP HARMONI, SATU UNTUK SEMUA, SEMUA UNTUK SATU”

PIAGAM PELANGGAN SEKOLAH

Kami Guru Besar, Guru-guru serta Kakitangan Sekolah Kebangsaan LKTP Tersang Satu dengan penuh tekad dan beriltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh usaha dan tangga kami dalam memberikan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan seterusnya mencapai “7M” seperti berikut :-

1.    Memastikan sistem pendidikan berjalan dengan baik bagi memenuhi kehendak individu, masyarakat dan Negara serta mencapai matlamat wawasan 2020;
2.   Memastikan semua murid yang keluar dari sekolah ini beramal, berakhlak mulia, berdisplin dan mempunyai sahsiah yang tinggi.
3.    Memastikan semua murid diberikan layanan, kebajikan dan mendapat pendidikan yang sama rata dan cemerlang setelah enam tahun belajar di sekolah ini;
4. Menyediakankemudahan fizikal dan perkhidmatan yang dedikasi, komited, berdisplin, bertanggungjawab, produktif dan inovatif;
5.     Memastikan kami sentiasa memberikan perkhidmatan dan layanan mesra, cepat dan cekap kepada semua pelanggan;
6.   Memastikan kami sentiasa bersedia menerima pendapat, cadangan , syor dan teguran yang membina dari semua pihak demi meningkatkan prestasi perkhidmatan dan akademik;
7.       Memastikan setiap aduan pelanggan diambil tindakan dengan segera.

PERANAN GURU

PENGAJAR (INSTRUCTOR)                                 : Menyusun bina organisasi kelas.
GURU (TEACHER)                                                : Menyampaikan ilmu pengetahuan dan idea.
PENGGERAK (MOTIVATOR)                                : Menggerakkan perlakuan pelajar.
PENDISPLIN (DICIPLINIARAN)                           : Mewujudkan ganjaran dan denda.
PENGURUS (MANAGER)                                     : Mengetuai dan mengarah.
PEKERJA SOSIAL (SOCIAL WORKER)                : Membimbing, menasihat dan membantu.
RAKAN (FRIEND)                                                 : Memberi ruang dan masa untuk mengeratkan perhubungan.
SAINTIS (SCIENTIST)                                            : Menganalisa, menilai dan membuat keputusan.
PELAJAR (STUDENT)                                            : Mendengar, mempelajari dan berfikir untuk kebaikan diri.


ISLAM is much more than a system of thelogy. It is complete civilization”
(Prof. H. R. Gibb)