Friday 4 November 2011

PENGISIAN KURSUS AMALAN TERBAIK (4M) LITERASI RAUB

PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN

4 M - Membaca, Menulis, Mengira, Menaakul.
3 M - Membaca, Menulis, Mengira. (TM : Telah Menguasai, SM : Sedang Maju, BM : Belum Menguasai).

Tahap Penguasaan Literasi Prasekolah ;

JPN : Murid Prasekolah perlu menguasai sehingga tahap KV+KV tetapi LINUS mahukan sehingga KV+KV+KV dan KV+KVK, maka perlulah adanya kerjasama antara keduanya, guru prasekolah perlu berusaha untuk mengeluarkan produk murid prasekolah lebih pada penguasaan KV+KV (Jika Boleh) dan guru LINUS pula tidak bolehlah menunding jari sewenang-wenangnya kepada guru prasekolah mengenai perkara tersebut jika tidak tercapai.

AMALAN TERBAIK (LITERASI)
Hak Cipta Terpelihara oleh Pn. Azlina, Prasekolah SK. Lanchang, Pahang.

MENGENAL HURUF
Cara untuk mengenal huruf ABC ;
  • Bermula dengan mengenal simbol-simbol utama seperti :-

( ) : perut buncit
( ) : kepala atas
I   : tiang pendek
I   : tiang panjang
J  :  ada ekor
-  : tolak tepi
/  : tiang senget
u : muka orang
o : bentuk bulat
s : belok kiri, belok kanan
n : pintu 1/pintu 2
f  : tongkat atuk
  • Menyayi mengikut simbol-simbol sambil melakarkan bentuk tersebut.

          Contoh Nyanyian ialah 
              ... "a : perut buncit, tiang pendek, itu huruf a"

              ... "b : tiang panjang, perut buncit, itu huruf b"
              ... "c : perut buncit, tiada kaki, itu huruf c"
              ... --> d, e, f, g, h, i, j, k, l, m, n, o, p, q, r, s, t, u, v, w, x, y, z.
  • Hasilnya P&P mengenal huruf yang amat seronok sekali.
*** Saya telah mencuba dan mengaplikasikan kaedah ini kepada murid prasekolah orkid, mereka amat seronok sekali dan ianya pada pandangan saya berjaya dan mungkin kaedah ini akan saya teruskan pada masa akan datang. TQ kak Azlina.

BINARIA

Menggunakan 3 huruf vokal dahulu iaitu a, i dan u.

Contoh :  b + a = ba
                b + i  = bi
                b + u = bu


Meneruskan kaedah mengenal sukukata dengan huruf konsonan yang lain.

TAS

Teknik ini menggunakan kedua-dua tangan bagi mengingat bilangan huruf bagi mengeja sesuatu perkataan.

Contoh : ka + ki = kaki.

BERTEMA

Mengaitkan sesuatu simbol huruf kepada P&P bertema seperti Tongkat atuk - huruf f... Datuk pakai tongkat, maka huruf f.

PERMAINAN
  • Smart Bowling
  • Roda Impian


LAIN-LAIN HAL
  • Makluman mengenai segala pengeluaran peruntukan prasekolah perlu adanya kertas kerja.
  • Format Kertas Kerja :

    1. Cover Hadapan.
    2. Matlamat.
    3. Objektif.
    4. Tarikh.
    5. Masa.
    6. Tempat.
    7. Perasmi (Jika Ada).
    8. Sasaran.
    9. Sumber Kewangan.
    10. Senarai AJK.
    11. Anggaran Perbelanjaan.

  • Pakaian murid prasekolah daerah Raub tahun 2012, berharga RM 15 sehelai ( Biru Gelap -1 unit, Oren - 1 unit = 2 helai/murid : RM 30)
  • Laporan mengenai penguasaan murid prasekolah Tahun 2011, perlu dikemaskinikan dan dihantar ke PPD dengan kadar segera.
  • Maklumat mengenai saiz baju murid prasekolah Tahun 2012 perlu dihantar segera bagi proses tempahan.
  • Maklumat/ Data Murid Prasekolah Tahun 2012, perlua di hantar ke PPD selewat2nya minggu ini ( Due date : 4 Nov 2011, Jumaat)




Tuesday 1 November 2011

KURSUS AMALAN TERBAIK GURU PRASEKOLAH DAERAH RAUB

MAKLUMAT KURSUS


Tarikh : 2 November 2011 (Rabu).
Masa : 8.00 Pagi - 5.00 Petang.
Tempat : Dewan Istiqamah, PPD Raub, Pahang.
Perserta : Semua Guru Prasekolah Daerah Raub.
Agenda : Kursus Amalan Terbaik Prasekolah.
Peralatan : Sila bawa 'Lap Top' dan 'Hand Drive'.