Saturday 17 December 2011

SELAMAT TINGGAL 1st BLOGKU...

Sampai disini sahaja di updatekan blog nieh...

Bye2 SK. LKTP Tersang Satu... terutamanya warga Prasekolah yang banyak membantu saya ketika di sini... Jasamu dikenang... X lupa juga kepada semua warga sekolah yang tidak jemu2 membantu sekadar yang mampu kepada saya sejak berkursus dan berkhidmat di sekolah ini yang mana ianya banyak meninggalkan saat manis dan juga saat kepahitan.... Banyak dugaan dan cabaran yang ku lalui di sini akan ku simpan menjadi pengalaman yang cukup bermakna untuk ku bawa di mana jua aku berada... Ingatilah aku sentiasa... Luv u all... 4 ever.. everlasting love... ahaks!....

Pesanan untuk member yg closed ngan sayer jerk!!!

CT--> jgn sedey2 eh!.. dpt ckgu baru nanti.. mest sonokkan... Kim salam kat si comei eicha tue eh...

Ayu Sleeping --> Hahahaha... jgn mare eh!..just joke jer..jg diri..jgn tension2..let's it go jerk mende2 remeh temeh tue... InsyaAllah.. akan ade ketenangan jiwamu.... Percayalah kerana ianya BENAR dong!!!.. jgn pk sgt tau!...

Kak Eita--> cenyum2 cket..ala tomei3x... gebuss ghitu!..HERMMM ..GURAMMM2x... kihkihkih...

Noria--> Best dpt geng ngan nor walaupun sejekapppp ajer... u're the one of Ustazah yg penah akak jumpe.. yg... sempoi + simple+ COMEI... Hihihi... Ahaks!... I Like!!!!.... t lepak2 lg kat praorkid eh..teman kak ct tu yer!...

Su--> InsyaAllah bile de kelapangan ms dan kj... akak ge jengok baby baru su... mesti tomei mcm umi dier... tq bnyakkkk sgt tolong akak wlaupun akak nie bnyk sakitkan hati su... Akak sokmo ingat kat su tau!...

tue jerk kot... yg lelain..rapat juge tp penuh plak blog nie kalu nak tulis... kih kih kih... Sayonara Semua... Adiossssszzza...

Friday 4 November 2011

PENGISIAN KURSUS AMALAN TERBAIK (4M) LITERASI RAUB

PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN

4 M - Membaca, Menulis, Mengira, Menaakul.
3 M - Membaca, Menulis, Mengira. (TM : Telah Menguasai, SM : Sedang Maju, BM : Belum Menguasai).

Tahap Penguasaan Literasi Prasekolah ;

JPN : Murid Prasekolah perlu menguasai sehingga tahap KV+KV tetapi LINUS mahukan sehingga KV+KV+KV dan KV+KVK, maka perlulah adanya kerjasama antara keduanya, guru prasekolah perlu berusaha untuk mengeluarkan produk murid prasekolah lebih pada penguasaan KV+KV (Jika Boleh) dan guru LINUS pula tidak bolehlah menunding jari sewenang-wenangnya kepada guru prasekolah mengenai perkara tersebut jika tidak tercapai.

AMALAN TERBAIK (LITERASI)
Hak Cipta Terpelihara oleh Pn. Azlina, Prasekolah SK. Lanchang, Pahang.

MENGENAL HURUF
Cara untuk mengenal huruf ABC ;
  • Bermula dengan mengenal simbol-simbol utama seperti :-

( ) : perut buncit
( ) : kepala atas
I   : tiang pendek
I   : tiang panjang
J  :  ada ekor
-  : tolak tepi
/  : tiang senget
u : muka orang
o : bentuk bulat
s : belok kiri, belok kanan
n : pintu 1/pintu 2
f  : tongkat atuk
  • Menyayi mengikut simbol-simbol sambil melakarkan bentuk tersebut.

          Contoh Nyanyian ialah 
              ... "a : perut buncit, tiang pendek, itu huruf a"

              ... "b : tiang panjang, perut buncit, itu huruf b"
              ... "c : perut buncit, tiada kaki, itu huruf c"
              ... --> d, e, f, g, h, i, j, k, l, m, n, o, p, q, r, s, t, u, v, w, x, y, z.
  • Hasilnya P&P mengenal huruf yang amat seronok sekali.
*** Saya telah mencuba dan mengaplikasikan kaedah ini kepada murid prasekolah orkid, mereka amat seronok sekali dan ianya pada pandangan saya berjaya dan mungkin kaedah ini akan saya teruskan pada masa akan datang. TQ kak Azlina.

BINARIA

Menggunakan 3 huruf vokal dahulu iaitu a, i dan u.

Contoh :  b + a = ba
                b + i  = bi
                b + u = bu


Meneruskan kaedah mengenal sukukata dengan huruf konsonan yang lain.

TAS

Teknik ini menggunakan kedua-dua tangan bagi mengingat bilangan huruf bagi mengeja sesuatu perkataan.

Contoh : ka + ki = kaki.

BERTEMA

Mengaitkan sesuatu simbol huruf kepada P&P bertema seperti Tongkat atuk - huruf f... Datuk pakai tongkat, maka huruf f.

PERMAINAN
  • Smart Bowling
  • Roda Impian


LAIN-LAIN HAL
  • Makluman mengenai segala pengeluaran peruntukan prasekolah perlu adanya kertas kerja.
  • Format Kertas Kerja :

    1. Cover Hadapan.
    2. Matlamat.
    3. Objektif.
    4. Tarikh.
    5. Masa.
    6. Tempat.
    7. Perasmi (Jika Ada).
    8. Sasaran.
    9. Sumber Kewangan.
    10. Senarai AJK.
    11. Anggaran Perbelanjaan.

  • Pakaian murid prasekolah daerah Raub tahun 2012, berharga RM 15 sehelai ( Biru Gelap -1 unit, Oren - 1 unit = 2 helai/murid : RM 30)
  • Laporan mengenai penguasaan murid prasekolah Tahun 2011, perlu dikemaskinikan dan dihantar ke PPD dengan kadar segera.
  • Maklumat mengenai saiz baju murid prasekolah Tahun 2012 perlu dihantar segera bagi proses tempahan.
  • Maklumat/ Data Murid Prasekolah Tahun 2012, perlua di hantar ke PPD selewat2nya minggu ini ( Due date : 4 Nov 2011, Jumaat)




Tuesday 1 November 2011

KURSUS AMALAN TERBAIK GURU PRASEKOLAH DAERAH RAUB

MAKLUMAT KURSUS


Tarikh : 2 November 2011 (Rabu).
Masa : 8.00 Pagi - 5.00 Petang.
Tempat : Dewan Istiqamah, PPD Raub, Pahang.
Perserta : Semua Guru Prasekolah Daerah Raub.
Agenda : Kursus Amalan Terbaik Prasekolah.
Peralatan : Sila bawa 'Lap Top' dan 'Hand Drive'.

Monday 31 October 2011

MESYUARAT GURU & PPM ZON BATU TALAM

Tarikh : 31 Oktober 2011 (Isnin), Jam 1.30 ptg, Bertempat di Prasekolah Mutiara, SK Tersang.

Perbincangan Mesyuarat;

LAWATAN PENANDA ARAS GURU & PPM PRASEKOLAH ZON BATU TALAM.

  • Diputuskan diadakan pada 3 hb November 2011 ke Prasekolah SK. Tempoyang, Kuala Lipis Jam 12.30 tgh (Berkumpul di Institut Perguruan Tengku Ampuan Afzan, IPTAA Kuala Lipis).
  • Peruntukan Makan RM 5 sekepala.
  • Jumlah peserta 26 peserta (Guru & PPM Prasekolah Zon Batu Talam).
  • Objektif lawatan bagi melihat pengurusan kelas dan pengurusan fail.
  • Surat plepasan murid prasekolah balik awal iaitu jam 11 pagi perlu dibuat oleh sekolah masing-masing.
SIJIL PROGRAM.
  • Sijil Program Prasekolah peringkat Zon Batu Talam masih dalam pengemaskinian.
  • Perlu disiapkan sebelum tahun 2011 berakhir dan perlu diagihkan kepada semua murid prasekolah yang telah menyertainya.
  • Penyediaan Sijil diagihkan kepada Jawatankuasa Prasekolah Zon Batu Talam seperti :
  1. Sukan Prasekolah Zon Batu Talam - SK. LKTP Tersang Satu (Cikgu Akma).
  2. Program Pintar Bahasa Zon Batu Talam - SJKT Cheroh ( Cikgu P.Punitha).
  3. Majlis Graduasi Prasekolah Zon Batu Talam - SK. Kundang Patah ( Cikgu Liza), SK. Batu Talam (Cikgu Umi).
JAMUAN AKHIR TAHUN BERSAMA GURU & PPM ZON BATU TALAM

  • Dicadangkan tarikh pada 15 November 2011 ( Selasa) bertemakan "LUNCH" di Prasekolah Mutiara, SK Tersang pada jam 12.30 tengah hari.
  • Peruntukan kewangan ialah RM 10 sekepala.
  • Anggaran peserta 26 orang.
  • Menu disediakan oleh setiap sekolah dalam Zon Batu Talam iaitu :
  1. SK LKTP Tersang Satu - Lauk (Gulai Lemak Ayam)
  2. SK. LKTP Tersang 3 - Sayur Campur + Buah.
  3. SK. Tersang - Nasi + Air.
  4. SK. Batu Talam - Lauk.
  5. SK. Kundang Patah - Pencuci Mulut.
  6. SK. Semantan Ulu - Agar-Agar.
  7. SK. Satak - Ulam + Sambal Belacan + Ikan Masin.
  8. SK. Ulu Sungai - Lauk.
  9. SJKC Cheroh - Ais Krim.
  10. SJKC Sungai Lui - Buah.
  11. SJKT Cheroh - Snek + Kacang-kacang.
LAIN-LAIN.

  • Pembukaan Buku Akaun Jawatankuasa Prasekolah Zon Batu Talam perlu segera bagi memudahkan pengurusan sumbangan dari pihak-pihak tertentu.
  • Makluman kepada semua guru bahawa setiap kelas perlu ada murid 4++ tahun dan 5++ tahun dan tidak boleh diasingkan.
*** Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.00 petang.

Thursday 27 October 2011

Jom Weh ke Blog Pra Orkid

~ Che Eghu Ma ~
Ai!..Ai!... 
camat tgk blog kiter... hikhikhik 
"Kiter baru jer nak blajar uat blog nie... t tolong2 la ajarkan eh?... bak umpama buah cempedak di luar ler pagar..pastu suh ler awok amekkan...kiter nie bdk baru nak blajor... kalu x reti2 tue..tolong ler beri tunjuk ajar... huhuhuhu"
(Luahan Hatiku...)