ORGANISASI
KURIKULUM PRASEKOLAH
KURIKULUM
STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN
Kurikulum
Standard Prasekolah Kebangsaan digubal dengan memberikan penekanan kepada
standard kandungan dan standard pembelajaran yang patut diketahui dan boleh
dilakukan oleh kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun.
Standard
kandungan dan standard pembelajaran berpaksikan pengetahuan, kemahiran asas
serta nilai dalam enam Tunjang Pembelajaran berikut :
§
Tunjang
Komunkasi;
§
Tunjang
Kerohanian, Sikap dan Nilai;
§
Tunjang
Kemanusiaan;
§
Tunjang
Sains dan Teknologi;
§
Tunjang
Perkembangan Fizikal dan Estetika;
§
Tunjang
Keterampilan Diri;
Untuk
tujuan kesinambungan. Tunjang-tunjang Pembelajaran ini adalah sama dengan
tunjang yang difokuskan dalam pendidikan sekolah rendah.
TUNJANG
KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN
Terdapat 6 tunjang utama dalam
Kurikulum Standard Kebangsaan Prasekolah (KSPK) iaitu :-
Bil.
|
Tunjang
|
Sub Tunjang
|
1.
|
Komunikasi
|
Bahasa Malaysia
Bahasa Inggeris
Bahasa Cina (SJKC)
Bahasa Tamil (SJKT)
|
2.
|
Kerohanian, Sikap dan Nilai
|
Pendidikan Islam
Pendidikan Moral
|
3.
|
Ketrampilan Diri
|
Perkembangan Sosioemosi
|
4.
|
Perkembangan Fizikal dan Estetika
|
Perkembangan Fizikal dan Penjagaan Kesihatan
Perkembangan Kreativiti
|
5.
|
Sains dan Teknologi
|
Awal Sains
Awal Matematik
Penggunaan ICT
|
6.
|
Kemanusiaan
|
Kemanusiaan
|
TUNJANG
KOMUNIKASI
Tunjang ini terdiri daripada :
1.
Bahasa
Malaysia ;
SK (2 jam
seminggu), SJKC (2 jam seminggu), SJKT (2 jam seminggu).
2.
Bahasa
Inggeris ;
SK (2 jam
seminggu), SJKC (1 jam seminggu), SJKT (1 jam seminggu).
3.
Bahasa
Cina ;
SJKC (1
jam seminggu).
4.
Bahasa
Tamil ;
SJKT (1
jam seminggu).
Fokus Utama;
Kemahiran Bahasa
- Kemahiran Mendengar, Kemahiran bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis.
- Bahan yang digunakan perlu sesuai dengan peringkat perkembangan kanak-kanak
- Keupayaan murid mengungkap keindahan bahasa melalui kepelbagaian aktiviti dan permainan bahasa seperti drama dan sajak.
TUNJANG
KEROHANIAN, SIKAP DAN NILAI
Pendidikan Islam
Pendidikan
Islam dipelajari oleh murid beragama Islam selama dua jam seminggu. Pendidikan
Islam memberi pengetahuan dan kemahiran asas tentang :
- Aqidah ; Rukun Iman, Rukun Islam, Kalimah Syahadah.
- Ibadah ; Bersuci, Berwuduk, Pergerakan Solat.
- Sirah ; Sirah Rasullullah S.A.W.
- Akhlak ; Mencontohi Akhlak Rasulullah S.A.W, Amalan harian mengikut adab.
- Asas Bahasa Al-Quran dan Tulisan jawi ; Bahasa Al-Quran, Huruf Hijaiyah, huruf Jawi, Doa pilihan, Surah Juzu’ Amma.
Pengajaran
dan pembelajaran pendidikan Islam dijalankan melalui aktiviti seperti
bercerita, simulasi, menyanyi, bernasyid, aktiviti hands-on, meneroka dan bermain.
Pendidikan Moral
Pendidikan
Moral dipelajari oleh murid bukan beragama islam selama dua jam seminggu.
Pendidikan moral prasekolah member focus kepada perlakuan moral yang dipupuk
secara berterusan sepanjang masa murid berada di prasekolah. Pendidikan moral
tidak dijalankan melalui aktiviti yang spesifik tetapi diterapkan melalui
kesemua aktiviti yang dijalankan dalam prasekolah.
Nilai-nilai murni Kurikulum
Standard Prasekolah Kebangsaan adalah seperti berikut :
§
Kepercayaan
kepada Tuhan.
§
Baik
Hati.
§
Bertanggung
jawab.
§
Berterima
kasih.
§
Hemah
Tinggi.
§
Hormat-menghormati.
§
Kasih
Sayang.
§
Keadilan.
§
Keberanian.
§
Kejujuran.
§
Kerajinan.
§
Kerjasama.
§
Kesederhanaan.
§
Toleransi.
§
Berdikari.
§
Berdisplin.
TUNJANG
KETRAMPILAN DIRI – PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI
Pendidikan
prasekolah member penekanan kepada perkembangan sosioemosi kanak-kanak.
Kanak-kanak akan menghadapi masalah di prasekolah dan juga di sekolah rendah
kelak jika sosioemosi mereka kurang stabil dan mantap.
Perkembangan sosioemosi
merangkumi aspek :
1.
Mengenali
dan mengurus emosi sendiri.
2.
Pencapaian
emosi yang positif.
3.
Pembinaan
konsep kendiri positif.
4.
Pembinaan
kemahiran berinteraksi.
5.
Pembinaan
kemahiran sosial.
Perkembangan
sosioemosi berlaku sepanjang masa kanak-kanak berada di prasekolah, ia tidak
dicapai melalui aktiviti spesifik tetapi menerusi kesemua aktiviti sama ada
aktiviti rutin, semasa rehat, semasa makan dan juga aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang lain.
Tunjang
Perkembangan Fizikal dan Estetika merangkumi Perkembangan Fizikal dan Penjagaan
Kesihatan serta Perkembangan Kreativiti.
Perkembangan Fizikal dan
Penjagaan Kesihatan
Pendidikan prasekolah
menyediakan peluang pembelajaran untuk ;
1)
Perkembangan
Fizikal.
§
Meningkatkan
kemahiran motor halus
§
Meningkatkan
kemahiran motor kasar
§
Memahirkan
koordinasi mata-tangan
2)
Penjagaan
Kesihatan.
§
Pembinaan
amalan penjagaan kesihatan fizikal diri
§
Menjaga
kebersihan persekitaran
§
Mengamalkan
pemakanan yang berkhasiat
3)
Keselamatan
Diri.
§
Menekankan
aspek keselamatan diri daripada sumber (kemalangan, bahaya)
§
Mengetahui
langkah menjaga kehormatan diri.
Perkembangan Kreativiti
Perkembangan
kreativiti merangkumi seni visual, pendidikan muzik serta drama dan gerakan
kreatif. Tunjang ini lebih menekankan proses daripada produk. Kanak-kanak
diberi peluang untuk menzahirkan idea mereka secara kreatif dan melibatkan diri
dalam aktiviti mereka
1) Fokus
seni visual.
- Aplikasi seni - Proses mengenal dan memilih bahan yang diperlukan untuk menghasilkan sesuatu karya.
- Ekspresi kreatif - Proses penghasilan karya.
- Apresiasi seni - Proses menceritakan hasil kerja sendiri dan juga menunjukkan penghargaan terhadap keindahan persekitaran serta hasil kerja orang lain.Pendidikan Muzik.
- Aktiviti menyanyi.
- Pengalaman awal untuk memainkan perkusi.
- Penghasilan muzik menerusi bahan atau objek improvisasi.
- Apresiasi muzik.
- Main peranan.
- Berlakon.
- Menari.
- Membuat gerakan secara kreatif.
TUNJANG
SAINS DAN TEKNOLOGI
Tunjang
Sains dan Teknologi merangkumi awal sains, awal matematik, aktiviti pembinaan
menggunakan objek seperti blok dan penggunaan ICT.
Awal Sains;
Penerokaan;
- Sikap saintifik yang positif (ingin tahu, sistematik, teliti) akan terbentuk.
- Kemahiran asas proses sains (kemahiran memerhati, mengukur menggunakan unit bukan piawai, membanding, mengelas) dikembangkan.
- Meneroka alam sekitar (tumbuhan, haiwan), alam bahan (objek yang tenggelam dan timbul, air, magnet dan alam fizikal ( pelangi, cuaca).
Pembinaan;
- Pembinaan objek seperti blok.
- Mempelajari konsep penghubung, lingkungan serta awal matematik.
Awal Matematik;
- Nombor.
- Operasi nombor yang mudah.
- Nilai Wang.
- Konsep waktu.
- Bentuk.
- Ruang.
Penggunaan ICT;
TUNJANG
KEMANUSIAAN
Tunjang
Kemanusiaan menggariskan skop dan konteks pembelajaran di prasekolah. Tunjang
ini member peluang kepada kanak-kanak supaya ;
§
Memahami
diri sendiri
§
Lebih
memahami perhubungan antara diri dengan keluarga, rakan, komuniti dan alam
sekitar.
§
Memahami
tanggung jawab diri dalam perhubungan.
§
Memahami
budaya dan tradisi pelbagai kaum di Malaysia.
§
Menggalakkan
penglibatan dalam perayaan pelbagai kaum di Malaysia.
MODUL
ASAS DAN MODUL BERTEMA
Pendidikan prasekolah
dilaksanakan melalui 2 modul iaitu :-
Bil.
|
Modul
|
Catatan
|
1.
|
Modul Asas
|
Tujuan
Penguasaan literasi awal 4M (Membaca, Menulis, Mengira,
Menaakul). Modul asas diberi masa yang khas dalam jadual waktu prasekolah
iaitu pada awal tahun, masa yang diambil adalah 35% dan akan berkurangan pada
akhir tahun sekiranya murid menguasai kemahiran asas 4M.
Kandungan
Modul Asas merangkumi Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris,
Bahasa Cina (untuk prasekolah yang aliran bahasa Cina), Bahasa Tamil (untuk
prasekolah yang aliran bahasa Tamil), Pendidikan Islam, Pendidikan Moral,
Matematik dan permainan luar.
|
2.
|
Modul Bertema
|
Tujuan
Pengajaran dan Pembelajaran bermakna bagi murid prasekolah
di mana ianya menyepadukan kesemua tunjang dalam KSPK
Kandungan
Pada awal tahun, modul bertema mengambil masa lebih kurang
35% masa prasekolah tetapi pada akhir tahun, peratus masa perlu dinaikkan.
|
ITEM
PENILAIAN MURID
Bil.
|
Perkara
|
Catatan
|
1.
|
Pemerhatian
|
a) Tingkah laku.
b) Perbualan/Interaksi/Lisan.
c) Hasil Kerja Murid.
|
2.
|
Perekodan
|
a) Senarai Semak.
b) Rekod Anekdot.
c) Rekod Berterusan.
|
3.
|
Penyimpanan Maklumat Dalam Portfolio
|
a) Rekod Peribadi.
b) Rekod Kemajuan.
c) Hasil Kerja.
|
KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN