Tarikh : 31 Oktober 2011 (Isnin), Jam 1.30 ptg, Bertempat di Prasekolah Mutiara, SK Tersang.
Perbincangan Mesyuarat;
LAWATAN PENANDA ARAS GURU & PPM PRASEKOLAH ZON BATU TALAM.
- Diputuskan diadakan pada 3 hb November 2011 ke Prasekolah SK. Tempoyang, Kuala Lipis Jam 12.30 tgh (Berkumpul di Institut Perguruan Tengku Ampuan Afzan, IPTAA Kuala Lipis).
 - Peruntukan Makan RM 5 sekepala.
 - Jumlah peserta 26 peserta (Guru & PPM Prasekolah Zon Batu Talam).
 - Objektif lawatan bagi melihat pengurusan kelas dan pengurusan fail.
 - Surat plepasan murid prasekolah balik awal iaitu jam 11 pagi perlu dibuat oleh sekolah masing-masing.
 
- Sijil Program Prasekolah peringkat Zon Batu Talam masih dalam pengemaskinian.
 - Perlu disiapkan sebelum tahun 2011 berakhir dan perlu diagihkan kepada semua murid prasekolah yang telah menyertainya.
 - Penyediaan Sijil diagihkan kepada Jawatankuasa Prasekolah Zon Batu Talam seperti :
 
- Sukan Prasekolah Zon Batu Talam - SK. LKTP Tersang Satu (Cikgu Akma).
 - Program Pintar Bahasa Zon Batu Talam - SJKT Cheroh ( Cikgu P.Punitha).
 - Majlis Graduasi Prasekolah Zon Batu Talam - SK. Kundang Patah ( Cikgu Liza), SK. Batu Talam (Cikgu Umi).
 
JAMUAN AKHIR TAHUN BERSAMA GURU & PPM ZON BATU TALAM
- Dicadangkan tarikh pada 15 November 2011 ( Selasa) bertemakan "LUNCH" di Prasekolah Mutiara, SK Tersang pada jam 12.30 tengah hari.
 - Peruntukan kewangan ialah RM 10 sekepala.
 - Anggaran peserta 26 orang.
 - Menu disediakan oleh setiap sekolah dalam Zon Batu Talam iaitu :
 
- SK LKTP Tersang Satu - Lauk (Gulai Lemak Ayam)
 - SK. LKTP Tersang 3 - Sayur Campur + Buah.
 - SK. Tersang - Nasi + Air.
 - SK. Batu Talam - Lauk.
 - SK. Kundang Patah - Pencuci Mulut.
 - SK. Semantan Ulu - Agar-Agar.
 - SK. Satak - Ulam + Sambal Belacan + Ikan Masin.
 - SK. Ulu Sungai - Lauk.
 - SJKC Cheroh - Ais Krim.
 - SJKC Sungai Lui - Buah.
 - SJKT Cheroh - Snek + Kacang-kacang.
 
LAIN-LAIN.
- Pembukaan Buku Akaun Jawatankuasa Prasekolah Zon Batu Talam perlu segera bagi memudahkan pengurusan sumbangan dari pihak-pihak tertentu.
 - Makluman kepada semua guru bahawa setiap kelas perlu ada murid 4++ tahun dan 5++ tahun dan tidak boleh diasingkan.
 
*** Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.00 petang.
No comments:
Post a Comment