PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN PRASEKOLAH


LATAR BELAKANG (Akta)

Kementerian Pendidikan telah menyatakan dalam Akta Pendidikan 1996 dan diperjelaskan lagi dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Prasekolah)1997, yang ditulis dalam perenggan :  

5. (1)     Tiap-tiap tadika hendaklah membuat penilaian berterusan tentang perkembangan murid-muridnya dalam domain kognitif, afektif  dan psikomotor.

22 (2)    Kurikulum Prasekolah Kebangsaan yang ditetapkan di bawah Subseksyen (1) hendaklah  menyatakan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dijangka akan diperoleh oleh murid-murid pada akhir tempoh pendidikan prasekolah  masing-masing.

Akta Pendidikan 1996  Seksyen 24, Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Prasekolah Kebangsaan) 2002, Menteri membuat peraturan-peraturan yang berikut :  

Seksyen 24 – Kuasa untuk membuat peraturan berhubungan dengan pendidikan prasekolah                    
‘Menteri boleh membuat peraturan-peraturan untuk melaksanakan peruntukan Bab ini’.  

8. Rekod Kemajuan Murid
Guru hendaklah membuat penilaian berterusan tentang perkembangan murid dan merekodkan perkembangan itu  mengikut cara yang ditetapkan oleh Ketua Pendaftar dari masa ke semasa.

PENTAKSIRAN PRASEKOLAH

Definisi : Merupakan satu proses yang sistematik untuk memperoleh maklumat perkembangan murid bagi membantu guru membuat penilaian.

TUJUAN PENTAKSIRAN PRASEKOLAH

·         Mengenalpasti kelebihan dan kekurangan murid.
·         Menjalankan tindakan susulan yang sesuai  dengan serta merta.
·         Meningkatkan pembelajaran murid.

BUKAN untuk melabel dan membandingkan murid dengan murid lain.

CIRI-CIRI PENTAKSIRAN PRASEKOLAH

·         Mementingkan proses untuk menghasilkan produk.
·         Dijalankan dalam suasana semulajadi (naturalistik).
·         Dijalankan dalam suasana tidak formal.
·         Dijalankan secara berterusan, bukan hanya pada akhir pembelajaran.
·         Bersifat diagnostik: mengenalpasti kekuatan, kekurangan dan keperluan.

KEPENTINGAN PENTAKSIRAN

GURU ;
·         Mendapatkan gambaran tentang perkembangan murid.
·         Menilai keberkesanan pengajaran yang dijalankan secara berterusan.
·         Membantu memperbaiki p&p dan merancang tindakan susulan.

MURID ;
·         Melalui maklumbalas pentaksiran, murid akan dapat :
·         Memahami tujuan mereka belajar dan perkembangan mereka.
·         Motivasi dan keyakinan diri untuk mencuba lagi bagi meningkatkan prestasi mereka.

PERKARA YANG DITAKSIR

Perkara yang ditaksir merupakan konstruk yang terkandung di dalam KSPK yang terdapat dalam :
·         Tunjang Komunikasi
·         Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai
·         Tunjang Ketrampilan Diri
·         Tunjang Fizikal dan Estetika
·         Tunjang Sains dan Teknologi
·         Tunjang Kemanusiaan

KONSTRUK

Merupakan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang hendak dibangunkan dalam diri murid yang dikenalpasti daripada Fokus, Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran.
Contoh : Tunjang Komunikasi terdapat 5 Konstruk iaitu  Kemahiran Mendengar, Kemahiran Bertutur, Kemahiran Membaca Perkataan, Kemahiran Membaca Ayat dan Kemahiran Menulis
Tahap penguasaan murid terhadap pengetahuan, kemahiran dan nilai diukur melalui Standard Prestasi.

STANDARD PRESTASI

Merupakan satu set kriteria umum yang menunjukkan tahap-tahap prestasi yang perlu murid pamerkan sebagai tanda bahawa sesuatu perkara itu telah dikuasai murid. Standard Prestasi digunakan semasa kita mentaksir.


Kriteria Pentaksiran dalam Standard Prestasi

Contoh Borang Standard Prestasi

PERLAKSANAAN PENTAKSIRAN PRASEKOLAH

Pentaksiran prasekolah melibatkan :
i)    Merancang
ii)   Membina Instrumen
iii)  Melaksanakan Pentaksiran
iv)  Merekod
v)   Menyimpan,  Menganalisis  Maklumat dan  Melapor.


Carta Alir Proses Perlaksanaan Pentaksiran

KAEDAH PENTAKSIRAN

·         Dalam pendidikan prasekolah pentaksiran dibuat melalui PEMERHATIAN.
·         Pentaksiran boleh dijalankan dengan melibatkan orang lain seperti rakan sebaya, Pembantu Guru, ahli keluarga dan komuniti di mana bersesuaian.
·         Apa yang diperhatikan ?
                        i).         Lisan
                        ii).        Projek
                        iii).       Hasil Kerja
                        iv).       Tingkahlaku
                        v).        Lain-lain

SUMBER EVIDENS


Sumber Evidens yang boleh dilakukan
1) LISAN (L)

·         Lisan adalah pertuturan dan percakapan.
·         Merangkumi dua kemahiran iaitu mendengar dan bertutur.
·         Melatih murid mendengar dengan teliti.
·         Murid dapat bertutur dengan bertatasusila.
·         Dapat melahirkan perasaan dan pendapat dengan yakin.

2) PROJEK (P)

·         Dibuat dalam bentuk individu atau kumpulan dalam jangkamasa tertentu.
·         Proses kerja daripada mula hingga akhir.
·         Mementingkan proses dan produk.

3) HASIL KERJA (HK)

·         Produk yang dihasilkan oleh murid selepas sesuatu aktiviti dijalankan.
·         Hasil kerja tidak semestinya dalam bentuk lembaran kerja.
·         Contoh hasil kerja :
Ø  Gambar atau lukisan.
Ø  Sampel tulisan.
Ø  Binaan / model.
Ø  Cerita yang ditulis.
Ø  Buku skrap.

4) TINGKAHLAKU (TL)

Tingkahlaku adalah merujuk kepada tindakan  atau tindakbalas dalam sesuatu situasi. Tingkahlaku murid boleh diperhatikan dan dinilai contohnya ketika murid:
Ø  Mengurus diri.
Ø  Bermain bersama rakan.
Ø  Membuat kolaj dalam kumpulan.
Ø  Menyelesaikan masalah bersama rakan.
Ø  Menyusun blok bersendirian atau bersama rakan.

SUMBER EVIDENS LAIN (LL)

Maklumat yang diperoleh daripada pihak ibu bapa, ahli keluarga, rakan sebaya, Pembantu Guru, komuniti dan catatan daripada instrumen-instrumen lain.

1) SENARAI SEMAK

Definisi: Senarai semak ialah senarai item yang disediakan untuk mengenal pasti perkembangan dari segi pengetahuan, kemahiran, sikap dan kebolehan. Senarai item yang disediakan adalah untuk menentukan sama ada :
Ø  sesuatu tingkahlaku/ciri dapat diperhatikan
Ø  sesuatu pelakuan telah dilakukan
Ø  kekerapan sesuatu tingkah laku  diperhatikan

Perkara yang perlu diberi perhatian :

Ø  Disediakan lebih awal sebelum pemerhatian dibuat.
Ø  Tingkahlaku yang diperhatikan dinyatakan dengan ringkas dan jelas
Ø  Digunakan untuk melihat/menilai tingkah laku mudah dalam konteks semula jadi.
Ø  Hanya kemahiran penting dinyatakan dalam senarai semak.
Ø  Item disusun mengikut pemeringkatan supaya dapat memperlihatkan perkembangan tingkahlaku yang ingin diperhatikan.
Ø  Tidak menunjukkan darjah kemajuan  hasil pembelajaran atau tingkah laku murid
Ø  Pemerhatian hendaklah dilakukan beberapa kali untuk mendapat maklumat/amalan yang lebih tepat / tekal.


Contoh Rekod Senarai Semak

2) SKALA KADAR

Darjah kemajuan yang menggambarkan pencapaian murid. Skala -  secara angka atau gred.
Semasa merancang guru perlu menentukan :

·         Tajuk
·         Kemahiran , tingkahlaku dan aktiviti dinyatakan dengan jelas.
·         Penerangan skala dinyatakan.
·         Skala kadar boleh digunakan secara individu, kelas  atau kumpulan.


Contoh Rekod Secara Berkumpulan

Contoh Rekod Secara Kelas

2) REKOD ANEKDOT

Definisi : Satu catatan mengenai peristiwa atau tingkah laku murid yang dianggap penting, dan signifikan untuk direkodkan. Anekdot ditulis secara objektif untuk menerangkan apa yang berlaku, bila dan dimana berlaku.
Prosedur ;
·         Membuat pemerhatian terhadap peristiwa yang berlaku
·         Mengenal pasti peristiwa yang penting/ signifikan kepada aspek perkembangan murid
·         Menulis maklumat selepas peristiwa berlaku

Panduan Menulis Rekod Anekdot ;
·         Buat catatan dalam buku nota bagi memastikan insiden yang akan direkodkan tidak tercicir
·         Rekod hasil pemerhatian sebaik sahaja selesai pemerhatian dibuat
·         Menulis apa yang dilihat secara objektif
·         Masukkan respon orang lain sekiranya ada kaitan dengan tingkah laku murid yang diperhatikan
·         Pastikan peristiwa dicatat mengikut urutan
·         Maklumat yang direkod hendaklah berpandukan peristiwa yang menggambarkan perkembangan murid

Contoh Rekod Anekdot
3) REKOD BERTERUSAN

Definisi : Rekod Berterusan merupakan catatan dalam bentuk cerita ( narative) yang dibuat ke atas individu atau kumpulan murid semasa berlakunya sesuatu peristiwa. Pelakuan atau pertuturan murid dicatat sepanjang tempoh pemerhatian. Tempoh pemerhatian 3 – 5 minit.
Prosedur ;
·         Fokus kepada murid yang ingin diperhatikan.
·         Pastikan item yang akan difokuskan semasa pemerhatian.
·         Rekodkan apa yang dilakukan oleh murid secara terperinci, tepat dan padat.
·         Catatkan dengan jelas setiap perlakuan mengikut urutan.

Panduan Menulis Rekod Berterusan ;
·         Rekod perkara yang benar-benar berlaku.
·         Guna bahasa yang mudah difahami.
·         Guna singkatan semasa mencatat.
·          Tulis secara terperinci tingkahlaku yang diperhatikan.
·         Tulis secara objektif, tidak terlalu deskriptif dan “judgemental”.
·         Pastikan buku nota atau kertas catatan atau pensel diletak di tempat yang strategik dan sulit.

Contoh Rekod Berterusan

PERBEZAAN ANTARA REKOD ANEKDOT DAN REKOD BERTERUSAN

REKOD ANEKDOT
REKOD BERTERUSAN
Ø  Dirancang/tidak dirancang
Ø  Cerita semula

Ø  Dirancang
Ø  Catat setiap perlakuan/pertuturan yang diperhatikan (rakaman semula)


TATACARA PENYIMPANAN REKOD

·         Instrumen  (digunakan untuk  menilai murid secara kumpulan) disimpan di dalam fail induk.
·         Instrumen (digunakan untuk  menilai murid secara individu) disimpan dalam portfolio.
·         Di simpan di tempat berstatus sulit.
·         Perlu dikemaskini dari masa ke semasa

TINDAKAN SUSULAN

Mempunyai 2 jenis tindakan susulan :

1.     Pengukuhan dan pengayaan pembelajaran
·         Murid yang sudah menguasai
·         Perlu latihan lebih mencabar
·          
2.     Bimbingan dan pemulihan
·         Murid belum menguasai dan masih dalam proses menguasai standard
·         Perlu galakan dan aktiviti bimbingan

ETIKA PENTAKSIRAN

·         Hasil pemerhatian hanya boleh  dibincangkan dengan pihak tertentu sahaja.
·         Rekod tidak boleh dipamerkan.
·         Mengambil gambar atau rakaman video perlu atas kebenaran ibu bapa/penjaga.
·         Rekod perlu diberi kepada ibu bapa/penjaga di akhir tahun.

LAPORAN PERKEMBANGAN DAN KEMAJUAN MURID

·          Pelaporan adalah hasil rumusan dan analisis tentang perkembangan murid.
      Ulasan perlu memenuhi kriteria  kebolehan dan pencapaian sebenar murid.
·         Rumusan perkembangan murid dibuat berdasarkan tunjang dan aspek lain yang ditentukan


PELAPORAN PENTAKSIRAN


Pelaporan Pentaksiran
Contoh Rekod Perkembangan Dan Kemajuan Murid Prasekolah