MAKLUMAT
PRASEKOLAH
PENGENALAN
Pendidikan Prasekolah merupakan
satu pendidikan asas yang memberikan pengalaman awal yang penting dalam dunia
persekolahan kanak-kanak. Ianya dapat membekalkan kanak-kanak dengan kemahiran,
keyakinan diri dan sikap positif.
Pendidikan prasekolah
menitikberatkan pendekatan “Bermain Melalui Bermain” yang mana programnya
disesuaikan dengan tahap perkembangan kanak-kanak. Di samping itu prasekolah
juga berfokuskan kepada perkembangan kanak-kanak yang menyeluruh, seimbang dan
bersepadu.
Pendidikan prasekolah
berkonsepkan satu program penyediaan pengalaman pembelajaran kanak-kanak 4-6
tahun dalam jangka masa 1 tahun atau lebih sebelum memasuki ke tahun 1 iaitu
alam persekolahan yang lebih formal.
MATLAMAT
PENDIDIKAN PRASEKOLAH
Pendidikan Prasekolah
bertujuan memperkembangkan potensi kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun
secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan
sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat, menyuburkan serta
aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna. Ini adalah untuk
meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang
positif pada diri kanak-kanak agar mereka berjaya dalam persekitaran sedia ada
dan bersedia untuk menangani cabaran dan tanggungjawab di sekolah rendah kelak.
OBJEKTIF
PENDIDIKAN PRASEKOLAH
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)
menyediakan peluang kepada kanak-kanak berumur empat (4) hingga enam (6) tahun
untuk mencapai objektif dalam aspek jasmani, emosi dan sosial, intelek dan
rohani seperti berikut :
- Membina kecergasan badan.
- Mempunyai tubuh badan yang sihat.
- Mempraktikkan amalan kesihatan yang baik.
- Mempraktikkan langkah-langkah menjaga keselamatan diri.
- Menguasai kemahiran motor halus dan asas motor kasar.
- Mempunyai kematangan emosi.
- Mempunyai konsep kendiri yang positif dan jati diri.
- Berani menyuarakan pandangan dan perasaan.
- Berkebolehan berinteraksi dengan orang lain.
- Boleh bekerja secara bersendirian dan juga bekerja secara berkumpulan.
- Menghormati perasaan serta hak orang lain dan seterusnya membentuk perhubungan yang positif dengan orang dewasa serta rakan sebaya.
- Mengamalkan nilai murni.
- Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian untuk murid beragama Islam.
- Berkomunikasi menggunakan bahasa Malaysia, bahasa Inggeris dan bahasa pengantar dalam konteks kehidupan harian.
- Meneroka persekitaran menggunakan kemahiran proses sains asas.
- Menggunakan kemahiran matematik asas dalam menjalankan tugasan harian dan menyelesaikan masalah.
- Menggunakan kemahiran berfikir kritis, kreatif dan inovatif dalam pembelajaran dan kehidupan seharian.
- Mengembangkan daya kreatif dan estetika.
- Menghargai keindahan alam dan warisan budaya.
FOKUS
PENDIDIKAN PRASEKOLAH
Pendidikan Prasekolah
berfokus kepada usaha untuk menyediakan peluang pembelajaran yang menyeronokkan
dan bermakna kepada kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun. Fokus utama
adalah proses pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan kanak-kanak,
menekankan kepada inkuiri penemuan, dan menggunakan pendekatan pengajaran dan
pembelajaran bersepadu, bertema, belajar melalui bermain, pembelajaran
kontekstual dan pembelajaran berasaskan projek. Prinsip utama yang digunakan
adalah pendekatan dan kandungan pembelajaran perlu sesuai dengan peringkat
perkembangan kanak-kanak dan mengambil kira perbezaan antara individu. Melalui
proses pengajaran dan pembelajaran ini, kanak-kanak akan memperoleh konsep dan
kemahiran asas yang akan membantu mereka meneruskan pembelajaran ke sekolah rendah
kelak.
VISI
PRASEKOLAH
“Pengurusan
Pendidikan Prasekolah Bertaraf Dunia”
MISI
PRASEKOLAH
Membangunkan
Sistem Pengurusan Pendidikan yang Bertaraf Dunia bagi Memperkembangkan Potensi
Individu Sepenuhnya dan Memenuhi Aspirasi Negara.
LATAR
BELAKANG PENDIDIKAN PRASEKOLAH DI BAWAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
18
Disember 1991 : Mesyuarat
Jemaah Menteri mengarahkan KPM melaksanakan Program Prasekolah.
Sebanyak
1, 131 buah kelas prasekolah telah dibuka termasuk 26 buah di Maktab
Perguruan.
6
Jun 2001 :
Mesyuarat Jemaah Menteri bersetuju KPM melaksanakan Perluasan Program
Prasekolah.